KENYATAAN MEDIA MENTERI PERPADUAN DAN MENTERI AGAMA

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya kesemua insiden polemik perkauman dan agama yang menganggu gugat keharmonian rakyat. Sejak beberapa minggu ini, negara terus menerus dilanda dengan pelbagai insiden berhubung sentiviti agama dan perkauman termasuk baru-bari ini di KK Mart, Kuching yang disebabkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab.
Kedua-dua Menteri memberikan amaran tegas kepada kesemua individu agar tidak sama sekali mencetuskan polemik perkauman yang lampau sehingga mewujudkan ketegangan sosial dalam kalangan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya di Malaysia. Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) yang dirusetiakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan situasi ini dan mengambil langkah-langkah segera dalam menjamin keharmonian rakyat dan negara.
Selain itu, kedua-dua Menteri juga mengulangi pendirian menggesa agar tidak ada pihak yang mencetuskan perkara menyentuh sensitiviti agama dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Mereka turut menggesa agar semua pemimpin parti politik agar berhenti memanjangkan isu KK Mart ini kerana kenyataan-kenyataan yang berterusan dan melulu akan menyebabkan situasi lebih keruh.
Masyarakat perlu sentiasa memupuk dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang merupakan tanggungjawab setiap rakyat bagi melindungi serta mempertahankan kestabilan dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman perbalahan, provokasi serta permusuhan.
YB DATUK AARON AGO DAGANG
Menteri Perpaduan Negara
YB SENATOR DATUK DR MOHD NA’IM MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Selamat Datang, Welcome