Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya

Selepas bersolat Subuh berjemaah di Masjid Putrajaya, saya menyertai YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam acara Berjalan Sihat @ Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya.
Seronok dapat berjalan santai-santai bersama-sama warga kota. Sekitar 2.5 km sahaja. Alhamdulillah
YB Dr Zaliha Mustafa bersama agensi beliau Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya memang sudah menjadi rakan strategik agensi hal ehwal Islam khususnya JAKIM dan JAWI. Selalu bantu kami di agensi. Terima kasih saya ucapkan.
Tahniah warga Wilayah Persekutuan. Tahniah Perbadanan Putrajaya.

 

Selamat Datang, Welcome