SUBUH MACAM JUMAAT DI MASJID PUTRA

Seronok bila lihat ramai solat Subuh berjemaah termasuk anak-anak kecil. Ini satu rezeki.
Alhamdulillah memulakan pagi ini dengan bersolat Subuh di Masjid Putra, Putrajaya bersama para jemaah.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat menyokong kempen Solat Subuh Macam Jumaat.
Saya telah meminta JAKIM bersama JAWI dan seluruh agensi hal ehwal Islam memperluas kempen ini di seluruh Wilayah Persekutuan termasuk dengan kerjasama Jabatan Agama Islam di negeri-negeri.
Selamat bercuti bagi seluruh warga Wilayah Persekutuan.

Selamat Datang, Welcome