FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM SEMPENA JUBLI EMAS 50 TAHUN JAWI

Malam tadi saya telah hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan bagi menyaksikan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam Secara Langsung bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Rancangan Forum Perdana Ehwal Islam terbitan JAKIM dengan kerjasama JAWI dan RTM malam ini telah dikoordinasi oleh Tuan Haji Zakaria Othman bersama ahli-ahli Panel iaitu Prof Madya Dato’ Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), Prof Madya Dato’ Dr Izhar Ariff Mohd Kashim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ustaz Muhammad Asyraf Ridzuan, pendakwah muda.
Mengupas topik “Budi Sematang Usia” mengingatkan kita agar sentiasa berazam untuk menabur bakti kepada agama, masyarakat dan negara dengan sepenuh hati.
Tahniah kepada JAWI, Masjid Wilayah Persekutuan selaku Tuan Rumah bersama JAKIM dan RTM.
Terima kasih kepada seluruh jemaah dan masyarakat yang hadir mengimarahkan majlis ilmu.

Selamat Datang, Welcome