MAIWP Run 2024

Meriah dan teruja. Itulah gambaran perasaan seluruh peserta program MAIWP Run 2024 pagi tadi. Lebih 11,078 peserta menyertai larian pagi tadi.
Seronok saya melihat para peserta bersama keluarga, rakan taulan dan sahabat handai sama-sama menyertai acara tahunan ini anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat.
Saya gembira bila melihat sahabat saya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan dan beberapa lain turut menyertai larian ini.
Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Setiausaha MAIWP, Datuk Mohd Ajib Ismail, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman semua warga MAIWP dan PPZ.
Ceria wajah para peserta bertuah yang mendapat pelbagai hadiah menarik seperti motosikal, televisyen, telefon pintar dan sebagainya.

Selamat Datang, Welcome