Majlis Penyerahan Bantuan Pendidikan YAPEIM

Alhamdulillah, YAPEIM (Official) yang merupakan salah satu agensi di bawah saya pada pagi ini telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.34 juta kepada 20 Universiti Awam di seluruh negara. Ini adalah sebenarnya hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahukan seluruh agensi Kerajaan turun ke lapangan membantu masyarakat yang memerlukan termasuklah menoktahkan kemiskinan tegar. Saya […]
Santuni Madani, MAIWP di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara

Petang tadi saya mengiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka ke kampung angkat MAIWP di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara. Sempena Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau dikenali sebagai Santuni Madani, MAIWP telah menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM101,000.00 yang meliputi sumbangan kepada 200 keluarga asnaf dan pelajar berjumlah RM69,000.00, sumbangan […]
The 3rd International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2024

“Harnessing Islamic Social Finance for Future Sustainability” inilah tema yang dipilih untuk penganjuran The 3rd International Conference on Zakat, Tax, Waqf & Economic Development (ZAWED) 2024 anjuran Institut Penyelidikan dan Inovasi Zakat, Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada hemat saya, seminar ini amat penting bagi mengumpul tokoh akademik, pemain industri dan pihak berkepentingan untuk membincangkan peranan […]
Ucapan tahniah Ketua Pengarah JAKIM dan warga JAKIM atas pengiktirafan anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2023

Tahniah saya ucapkan kepada YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM dan warga JAKIM atas pengiktirafan anugerah Apresiasi Penambahbaikan Tatakelola Agensi (APTA) 2023. Ini adalah kerana usaha JAKIM memperkenalkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan untuk Masjid dan Surau di seluruh Malaysia. Majlis dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Dato Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. […]
Ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas pengurniaan watikah pelantikan sebagai Profesor Diraja

Saya mewakili seluruh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di atas pengurniaan watikah pelantikan sebagai Profesor Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas merupakan satu nama besar di Malaysia […]
Kunjungan delegasi pegawai kehakiman dari Negara Oman diketuai oleh Hakim di Mahkamah Agung, YB Nasser bin Salem bin Ahmed al-Jabri

Selepas selesai beberapa mesyuarat petang tadi saya dikunjungi delegasi pegawai kehakiman dari Negara Oman yang diketuai oleh Hakim di Mahkamah Agung, YB Nasser bin Salem bin Ahmed al-Jabri. Pada 20-23 Jun 2023 yang lalu, delegasi pegawai mahkamah syariah Malaysia telah ke Oman bagi Kursus Pendek Luar Negara Mengenai Pelaksanaan Alternative Dispute Resolution (ADR). ADR merupakan […]
RUU MUFTI: PENGARUH ATAU MASLAHAT?

Penggubalan RUU Mufti ini adalah usaha yang diambil oleh Kerajaan bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan institusi Mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Menerusi pemerkasaan ini, bidang kefatwaan dan pembangunan Hukum syarak akan dapat ditadbir secara teratur, telus serta berwibawa ke arah meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran Islam di Malaysia. RUU ini memperuntukkan 9 Bahagian iaitu Bahagian permulaan, […]
Pertemuan bersama H.E. Mohamed Abdelsalam, Secretary-General of the Muslim Council of Elders merangkap Senior Representative of His Eminence Grand Imam of Al-Azhar

Bertemu H.E. Mohamed Abdelsalam, Secretary-General of the Muslim Council of Elders merangkap Senior Representative of His Eminence Grand Imam of Al-Azhar. Pelbagai perkara yang kami bincangkan bersama fokus kepada pentadbiran hal ehwal Islam dari sudut pandang dua negara, Malaysia dan Mesir. Terima kasih untuk perbualan yang sangat bermanfaat. Moga hubungan dua hala Malaysia-Mesir kekal utuh.
Majlis Penutup Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Alhamdulillah malam ini saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Mahrajan adalah satu program bagi mencungkil bakat saudara muslim pelbagai etnik dan kaum serta orang asli muslim di negara kita. Mahrajan ini juga diadakan hasil daripada Kelas Pengajian Saudara Baru yang dilaksanakan di […]
Seminar Adabul Ikhtilaf Peringkat Negeri Perak 2024

Al-Quran memberikan amaran tentang kesan buruk apabila kita saling bertelingkah dan berbantah-bantah. Kerana itulah Seminar Adabul Ikhtilaf Peringkat Negeri Perak 2024 diadakan. Moga segala ilmu yang dicurahkan hari ini dimanfaatkan sepenuhnya agar kita memahami etika dalam berbahas atau berbalah. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak penganjur Pertubuhan Duat Al-Falah Negeri Perak bersama Jabatan Agama […]