Ramadan mengajar kita erti ihsan. Berkasih sayang dan membantu mereka yang memerlukan.
Pagi ini saya bersama agensi Yayasan Taqwa MAIWP meluangkan masa berziarah ke Rumah Nur Kasih Bestari yang terletak di Teras Jernang, Bangi Selangor.
Rumah ini telah menempatkan seramai 30 orang anak-anak asnaf yang rata-rata mereka berumur 4 hingga 6 tahun.
Saya mendapat maklumat bahawa mereka terpaksa berpindah ke Teras Jernang ini susulan rumah sebelum ini yang terletak di Kajang perlu dikosongkan kerana pemilik mahu menjual rumah tersebut.
Saya difahamkan bahawa Rumah Nur Kasih Bestari ini ditubuhkan khusus untuk menempatkan anak-anak asnaf bagi mendapatkan pendidikan awal yang lebih baik.
Alhamdulillah, proses perpindahan berjalan dengan lancar dan mereka dalam proses untuk melengkapkan perabot dan barang kelengkapan rumah.
Saya telah menyampaikan sumbangan segera berjumlah RM5000.00 dari Yayasan Taqwa-MAIWP dan sumbangan duit raya kepada anak-anak.
Semoga anak-anak ini dapat membesar menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat kelak.