KILAUAN SYAWAL BERSAMA HABIB

Terima kasih kepada Kumpulan HABIB atas keprihatinan menyampaikan bantuan sebanyak RM40,000 dana wakalah Kumpulan HABIB yang disalurkan melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, Yayasan HABIB, diperuntukkan bagi baik pulih dua buah rumah asnaf bergantung kepada kerosakan antaranya dengan mengganti bumbung yang bocor, siling rosak, tingkap kaca, pintu, pendawaian elektrik, pembersihan rumah dan sebagainya.
Semoga ianya akan menceriakan 2 buah keluarga Asnaf ini untuk menyambut lebaran Aidilfitri. Jika dulunya mereka tinggal dalam keadan rumah yang serba daif, kini rumah yang didiami telah dibaik pulih melalui program Ziarah Ramadan 2024 Kilauan Syawal Habib.
Kedua-dua rumah ini juga turut disediakan dengan pelbagai peralatan rumah yang baharu seperti perabot, barangan dapur, peti ais dan mesih basuh.
Terima kasih saya kepada Pengerusi MAIWP, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, YBhg. Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman kerana mengadakan kerjasama strategik bersama pihak Kumpulan HABIB diketuai Pengerusi Eksekutifnya YBhg. Dato’ Sri Meer Sadik Habib Mohamed.
Terima kasih seluruh pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Semoga Allah berkati kalian semua.

Selamat Datang, Welcome