KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN DAKWAAN KALIMAH ALLAH YANG TERDAPAT PADA REKAAN KASUT

1. Saya ingin merujuk kepada satu perkongsian yang tular di media sosial menunjukkan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.
2. Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April 2024 bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
3. Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
4. Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini.
5. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
7 April 2024

Selamat Datang, Welcome