Sekitar Majlis Ilmu Madani.
Tahniah kepada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) atas penganjuran Majlis Ilmu Madani bertempat di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya semalam.
Seluruh hadirin telah menekuni tausiyah yang disampaikan Dr Ustaz Erfino Johari, seorang tokoh pendakwah terkemuka tanah air.
Dengan pengalaman beliau yang pernah bertugas di Kedutaan luar negara, telah memberikan pengisian ceramah yang berimpak tinggi kepada anggota perkhidmatan awam termasuk masyarakat.
Majlis Ilmu Madani anjuran agensi hal ehwal Islam akan diperhebatkan tahun ini menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar.