Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM

Sekitar Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Jubli Emas YADIM bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.
Sudah 50 tahun YADIM berada di lapangan menjadi payung dan penggerak kepada usaha-usaha dakwah serta menjalankan kerja-kerja penyelarasan badan-badan dakwah juga NGO Islam di Malaysia.
Syukur Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya jua, YADIM telah berbakti kepada negara dalam satu tempoh yang panjang.
Sebagai salah sebuah agensi hal ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), sejak penubuhannya pada 1 Muharram 1394H bersamaan 25 Januari 1974, YADIM telah melalui pelbagai pengalaman yang mematangkan seiring dengan usia YADIM.
Sesungguhnya keberadaan dan peranan YADIM sebagai sebahagian jentera pentadbiran negara amat signifikan.
Sudah tentu tanggungjawab YADIM adalah untuk melaksanakan maksud Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengiktiraf Islam adalah agama bagi Persekutuan dan DYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri.
Pelaksanaan program-program yang berimpak tinggi dengan pendekatan yang strategik, nyata telah melonjakkan peranan YADIM di peringkat nasional bahkan peringkat antarabangsa.
Semoga Allah merahmati para pendakwah dan penggerak YADIM. Moga Allah terus berikan kekuatan kepada YADIM.
Selamat menyambut ulangtahun ke-50 YADIM.

Selamat Datang, Welcome