“Dua elemen utama yang digariskan dalam surah an-Nahl ayat 26 dalam medan dakwah adalah hikmah (usaha) dan pelajaran yang baik (pengajaran)”.
Usaha dalam konteks ayat membawa maksud seruan yang terancang iaitu mempunyai metodologi (manhaj) yang bersesuaian dari aspek gaya pendekatan (uslub) dan medium penyampaian (wasīlah) dalam mendepani pelbagai kumpulan manusia (mad‘u).
Manakala pengajaran pula adalah syariat Islam itu sendiri yang bukan hanya menumpukan aspek ilmu wahyu semata bahkan seluruh ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di dunia ini.
Inilah antara tugas utama 70 daripada 250 orang Du’at al-Falah yang akan berperanan dalam masyarakat bagi membetulkan salah tanggap (world view) masyarakat tentang Islam.
Disamping itu, Du’at al-Falah akan digerakkan bagi menyampaikan risalah Islamiyyah di bawah kerangka Madaniyat yang digagaskan oleh YAB perdana Menteri Malaysia menjelang 2024.
Justeru itu, seminar Pemantapan dan peluncuran Risalah Madaniyat ini sangat signifikan sebagai pemangkin dalam mempersiapkan jentera bagi membentuk pola pemikiran masyarakat dalam acuan Madaniyat.