PERJUMPAAN DENGAN PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA

Saya menyambut baik sokongan tidak berbelah bahagi yang dinyatakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) khususnya dalam aspek pemerkasaan undang-undang Syariah di Malaysia.

Saya melihat sokongan ini sangat signifikan dan menjadi tanggungjawab utama PGSM untuk lebih berperanan dalam memberi penjelasan berkaitan isu-isu Syariah yang berbangkit agar kefahaman yang jelas dan sahih dapat disampaikan kepada rakyat.

Ironinya, kesediaan PGSM ini hadir seiring dengan iltizam dan komitmen kerajaan melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dengan menubuhkan 4 Jawatankuasa baharu bagi memperkasakan pengurusan dan pentadbiran hal Ehwal Islam di negara ini.

Saya juga sangat berbesar hati dan mengalu-alukan penglibatan PGSM untuk menjadi sahabat mahkamah (amicus curae) dan pencelah dalam beberapa prosiding kes di mahkamah.

Dalam pada masa yang sama, saya akan pertimbangkan permohonan PGSM khususnya berkaitan dengan cadangan mewujudkan jaringan strategik dua hala dengan negara-negara serantau untuk membincangkan isu-isu perundangan syariah dan slot khas di saluran media di bawah tanggunjawab saya.

Saya juga mengharapkan usaha untuk menyebarluaskan perundangan Syariah di beri penekanan serius agar reformasi secara komprehensif bukan hanya pada hukuman tetapi juga pada pembuktian, tatacara dan lain-lain termasuk kebersediaan pihak-pihak berkepentingan seperti hakim dan peguam syarie juga perlu diberikan keutamaan.

#Malaysiamadani#pelanalfalah#menteriagama#kerajaanperpaduan

Selamat Datang, Welcome