KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN BACAAN DOA QUNUT NAZILAH SETIAP SOLAT FARDHU

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN BACAAN DOA QUNUT NAZILAH SETIAP SOLAT FARDHU

1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan Zionis Israel yang terus menerus melancarkan serangan kepada Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan termasuk kanak-kanak serta telah memusnahkan kediaman, premis awam dan sebagainya. Tindakan Zionis Israel adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab.

2. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk membaca doa Qunut Nazilah dalam setiap Solat Fardhu bermula hari ini, 8 November 2023. Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk melaksanakan perkara yang sama.

3. Marilah bersama-sama kita terus bersatu hati berdoa agar Allah SWT memberikan kesejahteraan dan keamanan buat rakyat Gaza di Palestin. Selain itu, kita terus menghulurkan bantuan dan sokongan dalam pelbagai platform menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza, Palestin.

Sekian, terima kasih.

SENATOR DATO’ SETIA DR. MOHD NA’IM BIN HAJI MOKHTAR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

8 November 2023

#Malaysiamadani#pelanalfalah#menteriagama#kerajaanperpaduan

Selamat Datang, Welcome