Hari ini saya berkesempatan untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023.

Kembara kali ini melibatkan kolaborasi Beberapa Agensi Agama peringkat Persekutuan dan negeri antaranya Lembaga Zakat Negeri Kedah, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat Negeri-negeri (AMZ).

Program berteraskan konsep strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy) ini disertai 155 orang peserta dengan 43 buah kenderaan.

Lokasi kembara selama 3 hari di ini melibatkan beberapa lokasi di sekitar Utara Semenanjung.

Selain aktiviti agihan kepada asnaf, saya dimaklumkan pelbagai aktiviti diatur termasuk satu majlis yang paling mengujakan di hari terakhir iaitu majlis perkahwinan Masyarakat Orang Asal di Kampung Orang Asli di Baling.

Tahniah dan terima kasih kepada semua agensi dan pihak yang terlibat serta semua yang menjayakan program ini.

Selamat bermusafir, Siru ‘ala barakatillah

#MalaysiaMadani

Jabatan Wakaf Zakat & Haji

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman

Pusat Pungutan Zakat

#Malaysiamadani#pelanalfalah#menteriagama#kerajaanperpaduan

Selamat Datang, Welcome