Program Motivasi dan Kecemerlangan Murid di Sekolah Kebangsaan Telkong, Kuala Krai, Kelantan

Saya memulakan program rasmi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Sekolah Kebangsaan Telkong, Kuala Krai, Kelantan dalam program Motivasi dan Kecemerlangan Murid. Pendidikan adalah perkara penting yang mesti usahakan sebaik mungkin demi generasi masa hadapan. Apabila anak-anak diberikan pendidikan sempurna, jiwa mereka diisi dengan ilmu dan akhlak. Saya bersama agensi saya turun ke Sekolah […]
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA)

Alhamdulillah. Ini adalah komitmen Kerajaan Madani mengangkat institusi pendidikan tahfiz. Petang ini mengiringi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMISTA). Turut hadir YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah) dan pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Moga […]
Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi

Terima kasih pihak Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur mengundang saya menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi. Semalam saya telah menghadiri majlis sambutan yang diadakan bersama TYT Duta dan warga Arab Saudi di Kuala Lumpur. Sesungguhnya Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan amat istimewa dengan Kerajaan Arab Saudi khususnya dalam pengurusan haji dan umrah pada setiap tahun. […]
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Tahun 2024M/1446H

Tahniah diucapkan kepada MAIWP kerana menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan Tahun 2024M/1446H. Majlis ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan golongan huffaz khususnya di Wilayah Persekutuan. Bertepatan dengan hasrat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang amat komited mahu memartabat pembangunan syiar Islam di Malaysia termasuklah pendidikan […]
Majlis Penyampaian watikah ahli pimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY)

Pagi ini bersama dengan pengurusan tertinggi Yadim meraikan 24 ahli pimpinan Rakan Siswa Yadim (RSY) dengan menyampaikan watikah lantikan untuk sesi 2024-2025. Saya melihat RSY ini sangat penting kerana mereka merupakan entiti yang mendokong hasrat dan dasar kerajaan Malaysia Madani dan memastikan penerangan dari aspek dakwah dan kepimpinan dapat dihayati oleh semua mahasiswa ipta & […]
Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024)

Pagi tadi mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir ke Bengkel Transformasi Ekosistem Halal (TEH 2024). Dalam ucaptamanya, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa walaupun berlainan agensi, namun dalam konteks halal kita perlu ada kebersamaan dalam membawa jenama Halal Malaysia ke dunia. Kerana itulah saya selalu berpesan […]
Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia

Sekitar Majlis Perasmian Global Halal Summit 2024 dan Sambutan Jubli Emas Halal Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri akan terus menerajui industri halal khususnya pensijilan halal. Alhamdulillah, negara Malaysia […]
Perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara

Sekitar perjumpaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama pihak Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) dan Kementerian Perpaduan Negara. Alhamdulillah, majlis perjumpaan berlangsung dengan penuh harmoni. Ia turut disertai oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Pencerahan dan penjelasan telah diberikan tentang fungsi dan peranan Jabatan Kemajuan […]
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan. Bulan Rabi’ul Awwal merupakan bulan kelahiran insan teragung iaitu Baginda Rasulullah. Perutusan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah merupakan nikmat yang terbesar kepada seluruh makhluk. Al-Quran telah memberikan penjelasan, akhlak serta pekerti Baginda Rasulullah begitu tinggi. Baginda Rasulullah juga amat mengasihi seluruh umatnya. […]
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri

Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijri bersamaan tahun 2024 Masihi. Bersempena Majlis Sambutan Maulidur […]