Kunjungan Mr. Izzadeen Adnaan, Director General of Zakat Maldives dan rombongan

Zakat merupakan instrumen penting dalam pembangunan ekonomi Islam kerana zakat adalah ibadat yang difardukan Allah SWT. Ini antara intipati yang saya kongsikan kepada delegasi dari Maldives Zakat House. Saya berkongsi pengalaman agensi agama di JPM (Hal Ehwal Agama) dan pihak berkuasa agama negeri menguruskan zakat di Malaysia. Kolaborasi kuat bersama rakan-rakan strategik swasta. Terima kasih […]
Sidang Parlimen : Pembentangan berkaitan GISBH

Dalam Sidang Parlimen pagi tadi saya telah menerangkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi agama Islam serta cadangan tindakan pemulihan dalam konteks bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH. Pada sebelah petang pula saya bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan […]
International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024

Mewakili Kerajaan dalam International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Persidangan Antarabangsa ini telah dihadiri para pemimpin, ahli-ahli akademik serta pelbagai pihak lain. Presiden Tharman Shanmugaratnam, Presiden Singapura telah menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan ini Adalah menjadi agenda Kerajaan Madani untuk memperteguh kesatuan komuniti, saling hormat menghormati serta membangunkan negara. Keharmonian serta kesatuan masyarakat akan […]
Pertemuan bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan wakil kerajaan Singapura

Setelah menyantuni para petugas dan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mula berlepas pulang, saya terus ke KLIA, berlepas ke Singapura untuk mewakili Kerajaan menghadiri International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Setibanya di lapangan terbang Changi, saya dijemput oleh TYT Datuk Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura […]
Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Ampun Tuanku, Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Penutupan […]
Khutbah Jumaat Khas oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly

Alhamdulillah selepas mendengar pembentangan Dr. Rania Awaad saya terus menyambut kehadiran Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Putra, Putrajaya. Kehadiran Sheikh untuk menyampaikan khutbah Jumaat serta mengimamkan solat jumaat. Sheikh Dr. Maher menyatakan dalam khutbahnya bahawa Al-Quran itu adalah cahaya, Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan. Moga kita sentiasa melazimi Al-Quran dalam melahirkan […]
Program Heal The Soul

Saya sangat terharu bahawa penceramah jemputan hari ini, Dr. Rania Awaad, Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Stanford Health Care, California, Amerika Syarikat, telah dibawa khas dari jauh. Beliau adalah pakar dalam bidang psikiatri dan spiritualiti. Selamat datang kepada Dr. Rania, dan ucapan terima kasih yang mendalam kerana sudi menerima jemputan ke Malaysia, […]
Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah

Subhanallah, terima kasih diucapkan kepada MAPIM Malaysia bersama rakan sinergi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM, Yayasan Waqaf Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta penaja utama ZUS Coffee kerana menggerakkan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah. InsyaAllah jelajah ini digerakkan dengan lebih 20 aset bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan bantuan 4×4, peralatan […]
Majlis Perasmian World Quran Symposium

Mengiringi YAB Dato’ Sri Fadillah Yusuf ke Majlis Perasmian World Quran Symposium yang diadakan sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Bertemakan “Ummatic Transformation Through The Miracles of The Quran” tujuannya untuk memupuk masyarakat untuk cintakan Al-Quran dalam membangun Malaysia Madani. Seperti kita cintakan ibu bapa, pasangan atau anak-anak, begitulah kita sepatutnya mencintai […]
Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa

Menjunjung kasih KDYMM Tuanku. Patik menjunjung setinggi-tinggi kasih dan merafak sembah atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Petang bersempena Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa kali ini. KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku berdua […]