Muzakarah Kebangsaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Malaysia Tahun 1446H/2024M

Sekitar Muzakarah Kebangsaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Malaysia Tahun 1446H/2024M semalam di Kuala Lumpur. Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ashabul Fadhilah Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, para Hakim Majlis Tilawah dan Hafazan yang sentiasa berkhidmat sepenuh hati untuk memajukan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran yang sudah berjaya di […]
Kejohanan Bola Sepak Kanak-Kanak Vipers Super Sunday

Pulang dari Kuantan semalam saya terus ke padang bola sepak Taman Lestari Putra, Seri Kembangan bagi menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Kanak-Kanak Vipers Super Sunday. Alhamdulillah seronok melihat semangat kesukanan yang tinggi di kalangan anak-anak ini. Saya sempat berpesan supaya permainan bola sepak tidak dicemari dengan unsur-unsur perbalahan dan pergaduhan, menang atau kalah kita tetap bersaudara. […]
Sambutan ulang tahun ke-70 Revolusi Pembebasan Algeria

Hadir ke National Day of Algeria menemani YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi. Tahun ini Algeria menyambut ulang tahun ke-70 Revolusi Pembebasan Algeria. Terima kasih diucapkan kepada TYT Abdelhafid Bounour, Duta Besar Algeria ke Malaysia atas kesudian menjemput saya malam ini. Moga hubungan dua hala antara dua negara ini mendatangkan manfaat terutamanya dalam Membangun Malaysia Madani.
Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud: “Perumpamaan kalimah yang baik itu umpama pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit”. Bertemakan “Menyemai Ilmu, Mengukuh Perpaduan, Menjulang Negara Madani”, Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa ini julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Yayasan Dakwah […]
Kayuhan Prihatin Wakaf/Program Santuni Komuniti MADANI di Kampung Bharu

Kayuhan Prihatin Wakaf untuk Program Santuni Komuniti MADANI di Kampung Bharu singgah di rumah asnaf pertama iaitu rumah Puan Nora Binti Abu Bakar Sidek, rumah Puan Noor Zahirah Binti Yunos yang berumur 38 tahun, menyantuni Puan Siti Norsiah Bt. Mashkor yang berumur 70 tahun, sepasang suami isteri iaitu Encik Hamdan Jaapar (78 tahun) dan isteri […]
Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan

Sekitar malam tadi, saya menghadiri Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan yang diadakan secara tahunan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Undang-Undang JAKIM. Program ini menjadi satu wadah diskusi dengan pihak Negeri-Negeri bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas terhadap sesuatu undang-undang Islam yang dicadangkan di Wilayah-Wilayah Persekutuan seterusnya menjadi satu undang-undang model yang boleh […]
Majlis Konvokesyen KPBKL ke-17

Selamat bergraduasi diucapkan kepada semua graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur sempena Majlis Konvokesyen KPBKL ke-17. Majlis Konvokesyen ini amat bermakna untuk meraikan kecemerlangan para graduan yang telah bertungkus lumus mengharungi pelbagai cabaran, pahit dan manis sepanjang berada di kampus untuk mengenggam sebuah kejayaan. Peluh yang mengalir, keringat yang dikorbankan serta kesungguhan yang menjadi tulang […]
Majlis Penutup Pembangunan Premis Digital Usahawan MAIWP

Petang ini saya hadir merasmikan Majlis Penutup Pembangunan Premis Digital Usahawan MAIWP. Saya sempat beramah mesra dengan usahawan-usahawan Maiwp dari golongan asnaf. Melihat semangat mereka yang tinggi berusaha untuk mengubah nasib keluarga melalui perniagaan wajar dicontohi. Kerana itulah Maiwp dengan kerjasama MYNIC Berhad telah menganjurkan 4 siri Kursus Pembangunan Premis Digital Usahawan Maiwp untuk meningkatkan […]
Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam KLIFF 2024

Kejayaan dan integriti kewangan Islam pada asasnya terletak di bahu Penasihat Syariah. Kepakaran dan dedikasi para cendekiawan Syariah adalah tulang belakang industri kewangan Islam. Penasihat Syariah juga merupakan penghubung kritikal antara inovasi kewangan dan pematuhan Syariah. Apabila industri berkembang dan menjadi lebih kompleks, kerja penasihat Syariah menjadi lebih penting khususnya untuk membimbing pembangunan produk patuh […]
Sesi penggulungan Belanjawan 2025 untuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Alhamdulillah selesai sesi penggulungan Belanjawan 2025 untuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Bagi Belanjawan Tahun 2025, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diperuntukan sekitar (Ringgit Malaysia) RM2 Billion yang merangkumi 3 ikhtiar utama iaitu: i. Daya Cipta Kewangan Islam; ii. Pembangunan Industri Halal; dan iii. Syiar Islam Moga peruntukan ini dimanfaat sepenuhnya untuk […]