Pulang dari Kuantan semalam saya terus ke padang bola sepak Taman Lestari Putra, Seri Kembangan bagi menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Kanak-Kanak Vipers Super Sunday. Alhamdulillah seronok melihat semangat kesukanan yang tinggi di kalangan anak-anak ini.
Saya sempat berpesan supaya permainan bola sepak tidak dicemari dengan unsur-unsur perbalahan dan pergaduhan, menang atau kalah kita tetap bersaudara. Saya juga mengingatkan bahawa utamakan solat walau apa bidang sukan yang kita ceburi.
Saya doakan anak-anak ini berjaya di dunia dan akhirat. Membangun Malaysia Madani.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa memberi sokongan kepada program-program kemasyarakatan seperti ini.