Walkabout ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

Petang ini saya melakukan walkabout ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), sebuah institusi latihan di bawah JAKIM. Saya meninjau kelas-kelas akademik dan fasiliti yang tersedia di ILIM. Berdasarkan kepentingan peranan dan fungsi ILIM ini, saya melihat ianya perlu terus diperkasakan bersesuaian dengan agenda reformasi perkhidmatan awam khususnya dalam pembangunan sumber manusia. Untuk memastikan ILIM terus […]
Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti

Pagi ini saya bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berada di Kolej Islam Antarabangsa – IIC dalam acara Bantuan Gerobok Rezeki Komuniti Universiti. Ini adalah antara usaha MAIWP turun ke lapangan untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan. Program ini diharapkan meringankan beban mahasiswa daripada golongan B40 dengan menyediakan keperluan asas seperti makanan dan […]
Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

Majlis Konvokesyen Kali Ke-15 Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah dilangsungkan dengan penuh bersejarah. Majlis Konvokesyen Kali ke-15 ini meraikan seramai 1,094 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing setelah berjuang dengan penuh kegigihan dan ketabahan sehingga mengenggam kejayaan. Tentunya hari ini adalah hari yang terindah kepada para graduan sekalian. Lebih-lebih lagi para ibu […]
Kunjung Hormat kepada TYT Syeikh Dr Abdul Latif bin Abdul Aziz Al Syeikh, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Arab Saudi

Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih atas kesudian TYT Syeikh Dr Abdul Latif bin Abdul Aziz Al Syeikh, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Arab Saudi kerana menerima kunjungan hormat saya dan delegasi Malaysia. Kerajaan Malaysia amat menghargai hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi khususnya dalam bidang hal ehwal Islam. Arab […]
Simposium dan Pameran Haji 1446H anjuran Kerajaan Arab Saudi

Saya telah diberi amanah mewakili Malaysia dalam Simposium dan Pameran Haji 1446H anjuran Kerajaan Arab Saudi bertempat di Jeddah. Tentunya acara tahunan ini menjadi platform kepada Malaysia untuk berkongsi pengalaman dalam pengurusan jemaah Haji Malaysia. Melalui Simposium dan Pameran Haji ini, semua negara dan delegasi dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing dalam menguruskan jemaah haji. […]
Pertemuan bersama Tuan Yang Terutama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano, Setiausaha Agung Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA)

Berkesempatan bertemu Tuan Yang Terutama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano, Setiausaha Agung Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA) di pejabat beliau bagi membincangkan beberapa perkara. Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik dan usai perbincangan kami dibawa melawat sekitar pejabatnya. Moga Prof. Emeritus Dato’ Dr. Koutoub Moustapha Sano sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan amanah […]
The International Conference on Girl’s Education in Muslim Communities di Jinnat Convention Centre, Islamabad

Usai majlis pembukaan The International Conference on Girl’s Education in Muslim Communities di Jinnat Convention Centre, Islamabad saya dan beberapa menteri dari negara lain yang hadir dijemput mengadakan pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Pakistan, H.E Shehbaz Sharif dikediaman rasmi beliau. Pelbagai isu pendidikan melibatkan wanita diketengahkan bagi mencapai matlamat persidangan iaitu memperkasakan pendidikan terutamanya […]
Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera

Sekitar Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri semalam. Majlis Ekonomi Bumiputera merupakan agenda nasional yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh program Bumiputera dalam peningkatan ekonomi, penguasaan keusahawanan dan sebagainya. Semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis Perasmian Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh (NKI SBP) Peringkat Antarabangsa

“Anak-anak semua adalah pemimpin masa hadapan negara. Teruskan menuntu ilmu, hikmah dan menghayati akhlak Islam”, itulah antara pesan saya kepada para pemimpin pelajar ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Berasrama Penuh (NKI SBP) Peringkat Antarabangsa. Nadwah Kepemimpinan Islam ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim dan Bahagian Pengurusan Sekolah […]
Forum Perdana Ehwal Islam

Alhamdulillah telah selesai Forum Perdana Ehwal Islam malam ini bersama Panel YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan Ustazah Dr Fatimah Syarha bt Mohd Noordin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim. Moderator forum tadi Al Fadhil Ustaz Rizal Ramli. Semoga dengan kedatangan tahun baharu […]