Ruang Bicara bersama Bernama: “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”

Terima kasih kepada Bernama TV kerana telah mengundang saya malam ini. Malam ini kita berbincang tentang “Isu Semasa Hal Ehwal Islam”. Ada beberapa perkara saya ulas tadi khususnya agenda memperkasakan sistem perundangan kehakiman syariah. Terima kasih Wan Syahrina, Hos Ruang Bicara malam ini. Tidak dilupakan Puan Naizatul Shima Penerbit dan semua krew malam ini. Tidak […]

Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki

Saya mengambil kesempatan hadir ke Daurah Pengajian Al-Muhaddis Syaikh Latif Ar-Rahman Al Bahraiji Al-Makki di Maahad Tahfiz Miftahul Ulum Hulu Langat, Selangor malam tadi. Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat hadir ke majlis ilmu selain dapat menyantuni para ilmuan. Proses mencari ilmu tidak pernah terhenti. Adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk sentiasa memperlengkapkan diri dengan […]

Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

Sekitar Majlis Pelancaran Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Putrajaya hari ini. Alhamdulillah, hingga ke hari ini, sebanyak 21 agensi dan syarikat korporat telah menjadi rakan strategik YWM melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti menyedia platform pewakafan, perkhidmatan teknologi maklumat, perkongsian kepakaran dan pembangunan projek-projek wakaf. Kerjasama ini juga bukan hanya memberi manfaat kepada […]

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024

Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Marilah bersama-sama kita semarakkan semangat cintakan negara dan tanah air. Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi hari ini adalah jerih perih dan pengorbanan nenek moyang kita dahulu. Marilah kita semua menjadi generasi berjiwa merdeka, mengisi kemerdekaan dengan keharmonian dan […]

Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani

Tugas agensi Islam adalah untuk membimbing dan menyeru semua pihak ke arah kebaikan. Ini tugas dakwah kita semua. Itu antara kandungan ucapan saya semasa menyempurnakan Program Mahrajan Komuniti Hijrah Madani di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Selangor. Program ini dianjurkan oleh JAKIM bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Program ini telah […]

Menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir 1445H yang tiba di KLIA

Saya menyambut ketibaan jemaah haji penerbangan terakhir yang tiba di KLIA pada jam 11.20 malam tadi. Ini menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir. Seramai 270 jemaah haji penerbangan terakhir berlepas dari Madinah menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8389). Alhamdulillah kebanyakan mereka berada dalam keadaan sihat. Tahniah saya ucapkan […]

Khutbah Khas dan Solat Jumaat di Masjid Negara bersama YDPA Sultan Ibrahim

Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di atas limpah perkenan berangkat bercemar duli ke Khutbah Khas dan Solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Khutbah Khas bertajuk ‘Raja Ditaati Negara Dirahmati’ telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara.

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Masjid Negara, Kuala Lumpur

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat bercemar duli ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Masjid Negara, […]

Majlis Apresiasi Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Malam ini saya menghadiri Majlis Apresiasi Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Menyingkap kepada sejarah MAIWP yang telah ditubuhkan sejak 50 tahun yang lalu, alhamdulillah MAIWP telah melalui pelbagai pengalaman yang tentunya mendewasakan kita semua. Dalam tempoh itu juga, pelbagai usaha dan transformasi untuk menambah-baik perjalanan MAIWP sebagai sebuah organisasi Islam contoh di Malaysia. […]

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-143

Sekitar Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-143 di Putrajaya yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Semoga dengan semangat musyawarah, ia akan memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat dan negara.

Selamat Datang, Welcome