Dialog Belanjawan 2025 Malaysia Madani dengan tema Menuju Malaysia Madani (Al-Falah)

Sekitar Dialog Belanjawan 2025 Malaysia Madani dengan tema Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Majlis ini merupakan sesi libat urus antara Kerajaan dengan pemain industri kemajuan Islam yang terdiri daripada agensi kerajaan, sektor swasta, akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sudah tentu maklum balas daripada para hadirin penting dan […]

Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang menunaikan Solat Jumaat

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas limpah perkenan berangkat ke Masjid Pangkalan Udara Kuala Lumpur menunaikan Solat Jumaat. Patik berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Pahang dikurniakan kerahmatan […]

Majlis Perhimpunan Agensi dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Majlis Perhimpunan Agensi dan Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi. Pagi tadi saya bertemu warga agensi dan menyampaikan perkara penting disamping memberikan penjelasan isu-isu semasa. Peranan agensi agama amat penting untuk menjadi rujukan kepada masyarakat. Hari ini masih ada pihak yang menggunakan pendekatan […]

Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Oh Anak! (Isu Childfree)”

Forum Perdana Ehwal Islam bersama moderator Ustaz Nabil Ahmad dan rakan panel jemputan Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal dan Ustaz Muhammad Noorzam Bahador mengupas isu berkaitan pasangan baharu berkahwin yang tidak mahu dikurniakan anak. Seperti yang saya sampaikan dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang bertajuk “Oh Anak! (Isu Childfree)”, anak-anak adalah anugerah daripada Allah […]

Kunjungan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Petang tadi saya dikunjungi rombongan dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang diketuai oleh YH. Dato’ Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz. Saya amat berterima kasih dengan kunjungan ini kerana dapat berbincang dan bertukar pandangan khususnya berkaitan pendidikan tahfiz di Malaysia. Saya amat menghargai pihak YH Dato’ yang menyambut baik idea dan kajian ke […]

Kunjungan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Alhamdulillah terima kasih diucapkan kepada SS Dato’ Prof. Madya Dr. Haji Miszairi bin Haji Sitiris, Timbalan Mufti Selangor bersama wakil dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkunjung ke pejabat saya. Banyak perkara dibincangkan terutamanya berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam serta bertukar pandangan dalam memantapkan pengurusan pentadbiran. Moga Allah berkati ikatan yang terjalin dalam usaha membentuk […]

Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI)

Pagi tadi saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang dipengerusikan bersama oleh saya dan juga YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara. Mesyuarat ini sangat penting bagi saya kerana melalui mesyuarat ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dapat berganding bahu dengan Kementerian Perpaduan Negara dalam menetapkan keutamaan, strategi dan inisiatif […]

Pertemuan bersama Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan

Sekitar pertemuan bersama Pemangku Menteri Luar Negeri Sudan di kediaman Duta Besar Sudan TYT Hassan Abdel-Salam Omer. Alhamdulillah pelbagai isu membabitkan pengurusan hal ehwal Islam dibincangkan bersama. Turut hadir Duta Besar Mesir TYT Ragai Tawfik Said Nasr. Semoga hubungan strategik ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada negara.

Mesyuarat penyelarasan bersama JAKIM dan TVAlhijrah bagi Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Petang tadi selepas selesai temuramah bersama TV3, saya menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama JAKIM dan TVAlhijrah membincangkan agenda Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 16 September 2024. Segala persiapan telahpun disusun agar majlis tersebut benar-benar membangkitkan penghayatan serta berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada JAKIM & TV Alhijrah yang bertungkus lumus memastikan segala […]

Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 “Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies”

Merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak bercemar duli menyempurnakan Regional Southeast Asia Human Dignity Conference 2024 “Dignity For Everyone, Everywhere: Best Practices & Success Stories For Building Inclusive Societies”. Menjunjung kasih Tuanku. Persidangan yang dianjurkan […]

Selamat Datang, Welcome