Kunjungan dari YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan YB Howard Lee Chuan How
Tengahari tadi saya menerima kunjungan dari YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan YB Howard Lee Chuan How di pejabat saya di Parlimen. Saya dan Tunku Zain saling berbincang serta bertukar pendapat dalam isu pentadbiran hal ehwal Islam. Moga Allah merahmati Tunku Zain dan dikurniakan keafiatan.
Sidang Parlimen : Pembentangan berkaitan GISBH
Dalam Sidang Parlimen pagi tadi saya telah menerangkan tindakan yang diambil oleh agensi-agensi agama Islam serta cadangan tindakan pemulihan dalam konteks bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH. Pada sebelah petang pula saya bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri serta YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan […]
International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024
Mewakili Kerajaan dalam International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Persidangan Antarabangsa ini telah dihadiri para pemimpin, ahli-ahli akademik serta pelbagai pihak lain. Presiden Tharman Shanmugaratnam, Presiden Singapura telah menyampaikan Ucaptama dalam Persidangan ini Adalah menjadi agenda Kerajaan Madani untuk memperteguh kesatuan komuniti, saling hormat menghormati serta membangunkan negara. Keharmonian serta kesatuan masyarakat akan […]
Pertemuan bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga dan wakil kerajaan Singapura
Setelah menyantuni para petugas dan peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang mula berlepas pulang, saya terus ke KLIA, berlepas ke Singapura untuk mewakili Kerajaan menghadiri International Conference On Communities of Success (ICCOS) 2024. Setibanya di lapangan terbang Changi, saya dijemput oleh TYT Datuk Azfar bin Mohamad Mustafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura […]
Pertemuan Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan
Bertemu Sahibus Samahah Al-Fadhil Samidin Atabaev, Timbalan Mufti Kyrgystan. Anaknya Mariam Adraimova merupakan peserta Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64. Saya berkesempatan cuba memakai kopiah Kyrgystan, MasyaAllah sangat cantik dan selesa apabila dipakai. Moga jalinan ukhuwwah yang terbina melalui penganjuran MTHQA ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Kyrgystan. Saya mendoakan agar Sahibus […]
Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah, Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-64
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Ampun Tuanku, Patik bagi pihak Kerajaan merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Penutupan […]
Tausiyah Khas Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Ala
Antara tausiyah yang disampaikan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly malam ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam ialah adab kita dengan Al-Quran. Kita perlu menjaga adab kita dengan Kalamullah kerana ianya merupakan manhaj kepada umat Islam. Moga tausiyah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka yang hadir […]
Kunjungan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly bersama rombongan
Alhamdulillah menerima kunjungan Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly bersama rombongan ke pejabat saya di Putrajaya. Pelbagai isu mengenai pengurusan hal ehwal Islam dibincangkan. Saya mendoakan agar Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly dalam menggalas tugas sebagai Imam Masjidil Haram.
Khutbah Jumaat Khas oleh Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly
Alhamdulillah selepas mendengar pembentangan Dr. Rania Awaad saya terus menyambut kehadiran Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Putra, Putrajaya. Kehadiran Sheikh untuk menyampaikan khutbah Jumaat serta mengimamkan solat jumaat. Sheikh Dr. Maher menyatakan dalam khutbahnya bahawa Al-Quran itu adalah cahaya, Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan. Moga kita sentiasa melazimi Al-Quran dalam melahirkan […]
Program Heal The Soul
Saya sangat terharu bahawa penceramah jemputan hari ini, Dr. Rania Awaad, Profesor Klinikal Psikiatri dan Sains Tingkah Laku di Stanford Health Care, California, Amerika Syarikat, telah dibawa khas dari jauh. Beliau adalah pakar dalam bidang psikiatri dan spiritualiti. Selamat datang kepada Dr. Rania, dan ucapan terima kasih yang mendalam kerana sudi menerima jemputan ke Malaysia, […]