Majlis Pelancaran 22 rancangan istimewa di TV Alhijrah sempena Ramadan

Bertempat di Stesen KTM Kuala Lumpur semalam, telah dilangsungkan Majlis Pelancaran 22 rancangan istimewa di TV Alhijrah sempena Ramadan kali ini. TV AlHijrah pada tahun ini mengangkat tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan” Ini adalah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengajak masyarakat Malaysia khususnya penonton setia TV AlHijrah untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat […]

Majlis Perasmian Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

Sekitar Majlis Perasmian Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Kita makin menghampiri pintu gerbang Ramadan. Saya mahu JAKIM bersama agensi-agensi hal ehwal Islam memperhebatkan usaha mengajak masyarakat untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan ibadat dan program-program kemasyarakatan. Tentunya ini adalah sebahagian tugasan agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membawa […]

Majlis Menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima menghadap di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur hari ini. DYMM Tuanku amat prihatin kepada pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Semoga Allah Subhanahu Wataala memberikan kerahmatan dan keberkatan kepada negara Malaysia dengan kemakmuran dan kesejahteraan.

Majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf

Saya meraikan 800 orang asnaf dalam Majlis Rahmah Syawal MAIWP: Jalinan Aidilfitri Bersama Asnaf bertempat di Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur. Tentunya kemeriahan Syawal yang disambut ini diisi dengan ziarah, berkenal-kenalan merapatkan silaturrahhim, kunjung mengunjung, bermaaf-maafan serta saling memperkukuh ikatan persaudaraan sesama kita. Setiap tahun menjelang Syawal, MAIWP sentiasa menyalurkan bantuan kepada asnaf. Bersempena dengan […]

Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2024

Sekitar Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2024 di Dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Semoga seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan penuh tekad dan beriltizam bekerja bersungguh-sungguh demi agama, bangsa dan negara. “Pekerja Kesuma Bangsa”

Majlis Sambutan Aidilfitri Residensi Flora Rosa Putrajaya

Malam ini saya memenuhi undangan Majlis Sambutan Aidilfitri Residensi Flora Rosa Putrajaya. Sekitar 500 orang penduduk hadir bersama-sama memeriahkan majlis silaturrahim ini. Saya telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Tuan Haji Mazian bin Yaacob, Pengerusi Surau Flora Rosa untuk tujuan pengimarahan surau. Sebelum jamuan makan, seluruh hadirin bersolat Isyak secara berjemaah. Aktiviti komuniti seperti […]

Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Muhammad Al-Fateh, Ipoh, Perak sempena Festival Ummatik 3.0

Menjunjung kasih DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak kerana atas limpah perkenan bercemar duli berangkat ke majlis rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Muhammad Al-Fateh, Ipoh, Perak sempena Festival Ummatik 3.0. Majlis rakaman ini terus dihadiri YAB Menteri Besar Perak. Ahli Panel undangan Sahibul Fadhilah Dr. Ayman Al-Akiti bersama Prof […]

Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak

Alhamdulillah selesai merasmikan Program Rahmah Madani Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Mangsa Banjir Di Mukim Ijok Batu Kurau Perak. Dalam program ini agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama telah terlibat iaitu YaPEIM yang telah memberi sumbangan berjumlah RM12,500.00 berupa barangan kering bagi Program Foodbank YaPEIM 5.0 kepada 125 keluarga yang akan di […]

Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024

Petang tadi saya menyempurnakan Peluncuran Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2024, bertemakan “Wakaf Membangun Malaysia MADANI”. Menelusuri tamadun Islam, amalan berwakaf telah bermula pada zaman Rasulullah SAW, kemudian diteruskan ketika zaman para sahabat dan seterusnya dilihat berkembang pada zaman pertengahan Islam iaitu pada zaman Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah. Melalui Belanjawan 2023 dan 2024, Kerajaan Madani […]

Selamat Datang, Welcome