Semalam saya berziarah kepada Encik Rozelan bin Abdul Razak yang diuji dengan penyakit kencing manis kronik. Beliau jua menjalani hemodialisis.
Saya bagi pihak MAIWP telah menyampaikan beberapa bantuan seperti bantuan perubatan awam kepada beliau.
Selain beliau juga menerima bantuan rawatan hemodialisis dan bantuan kerusi roda.
Semoga bantuan yang dihulur oleh MAIWP ini akan dapat meringankan beban beliau sekeluarga.
Marilah kita semua berdoa agar Encik Rozelan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.