Pertemuan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan (JKSK)

Malam semalam saya bertemu Ahli-ahli Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan (JKSK), sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan diperkenan oleh Majlis Raja-Raja. Apabila dilantik untuk memimpin Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya meletakkan keutamaan untuk membuat penambahbaikan dalam pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah. Dengan penuh komited, saya […]

Taklimat Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Kebangsaan

Saya mahu Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung pada hari Ahad ini berjalan dengan lancar. Dengan pengisian yang telah disusun, saya berharap ia memberi mesej kepada kita semua untuk bersatu membina kekuatan ummah. Itu antara mesej saya kepada YBhg Dato’ Dr Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan urus setia […]

Talimat daripada Ketua Pengarah IKIMfm berkaitan isu-isu semasa serta program-program yang akan dianjurkan oleh IKIM

Petang ini saya mendengar taklimat daripada YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIMfm berkaitan isu-isu semasa serta program-program yang akan dianjurkan oleh IKIM. IKIM adalah sebuah agensi penting untuk memperkukuh kefahaman Islam kepada setiap lapisan masyarakat. Saya mahu IKIM terus memperhebat usaha memberikan penjelasan terhadap isu-isu berbangkit berkaitan Islam.

Syarahan Sheikh Al-Azhar kepada pengurusan IKIM

Bertempat di WTC KL, semalam saya mengiringi Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Ahmed Al-Tayyeb untuk bertemu Pengerusi bersama Ahli Lembaga Pengarah IKIM dan kepimpinan pengurusan IKIM. Sheikh Al-Azhar turut menyampaikan syarahan kepada pengurusan IKIM yang berperanan besar untuk memberikan kefahaman Islam dan juga menyerlahkan keindahan Islam. Pada masa sama IKIM menghasilkan […]

Majlis Penganugerahan Profesor Kehormat kepada Al Imam Akhbar Profesor Dr.Ahmed Mohammed Al Tayeb; Sheikh Al Azhar Al-Sharif. Semalam saya hadir ke Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM)

Sekitar Majlis Konvokesyen Khas Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) yang turut dihadiri Pro-Canselor YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz yang telah memperkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah kepada Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Muhammed Ahmed Al-Tayyeb, semalam. Al-Azhar Al-Syarief telah memberikan sumbangan besar […]

Pertemuan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama tokoh ulama’ dunia Sheikh Al-Azhar

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas perkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Istana Negara. Sesungguhnya pertemuan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama tokoh ulama’ dunia Sheikh Al-Azhar amat bermakna serta mencerminkan keprihatinan yang […]

Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Al-Azhar

Sekitar Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. Majlis ini dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan YAB Perdana Menteri amat mengalu-alukan kehadiran Sheikh Al-Azhar ke negara Malaysia yang menjadi gedung ilmu dalam dunia Islam. Ketika menyampaikan syarahan, Sheikhul […]

Menyambut ketibaan Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib sempena lawatan rasmi ke Malaysia

Alhamdulillah, malam tadi bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), saya mewakili Kerajaan Malaysia, menyambut ketibaan Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyib sempena lawatan rasmi ke Malaysia bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2024. Kita semua amat berbesar hati dengan kunjungan rasmi Sheikh Al-Azhar Al-Imam Akbar Sheikh Prof. Dr. Ahmed […]

Mesyuarat meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia

Petang tadi, saya telah meneliti laporan serta syor Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia yang dianggotai beberapa ahli akademik dari pelbagai institusi pendidikan tinggi. Jawatankuasa khas ini dipengerusikan Dr Muhammad Razak bin Idris, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memulakan kajian bermula Januari 2024 bagi menilai kebolehsanaan penubuhan […]

Selamat Datang, Welcome