Saya juga berkesempatan berziarah dan melihat Hab Media Haji Musim 1445 Hijri. Inisiatif Hab Media Haji ini telah dirasmikan oleh Menteri Media Kerajaan Arab Saudi, Salman bin Youssef Al-Dossary.
Hab media ini menjadi pusat dan pengkalan data berkaitan operasi haji. Sudah tentu ia amat membantu lebih 1,500 petugas media di seluruh negara untuk mendapatkan informasi rasmi.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Arab Saudi atas inisiatif yang begitu efisien.