Ziarah Encik Arif dan Puan Hanisah iaitu ibubapa Adam

Ahad lepas, selepas saya merasmikan upacara penutup sukan peguam syarie di UIA saya melapangkan masa untuk ziarah anak istimewa, Adam yang kini dalam penjagaan rapi dirumah.
Saya bersama dengan persatuan Bikesiable, iaitu NGO yang komited dan konsisten dalam menjaga kebajikan anak anak istimewa ini turut hadir bersama saya ke rumah Encik Arif dan Puan Hanisah iaitu ibubapa Adam.
Berat bahu memikul berat lagi mata memandang, saya dan juga agensi hal ehwal agama yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan meneruskan kerjasama dengan mana-pihak yang ada inisiatif membantu mereka mereka yang dalam kesusahan.

Selamat Datang, Welcome