Semalam saya bersama pengurusan MAIWP menziarahi rumah ketiga bagi sesi ziarah ini iaitu Encik Mohamad Fadli bin Dahalim di Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur.
Beliau bekerja sebagai pemandu lori, menanggung seorang isteri dan 4 orang anak masih belajar. Isterinya seorang suri rumah sepenuh masa.
En Fadli menerima bantuan kewangan MAIWP secara bulanan. Semoga bantuan yang dihulurkan MAIWP ini dapat meringankan sedikit beban En Fadli sekeluarga.