Saya berada di Turki, memenuhi undangan menghadiri World Islamic Scholars Consultative Meeting di Istanbul, Turkiye.
Persidangan ini membawa tema “Revival of the Hilf al-Fudul Concept Following the Gaza Crisis”
Persidangan ini dihadiri oleh para ulama’, ilmuan termasuk Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam pelbagai negara.
Semalam, TYT Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye telah mengundang semua ilmuan, tetamu dan para delegasi dalam acara makan malam menyantuni semua peserta. TYT Presiden Turki telah menyampaikan ucapan kepada semua tetamu dan peserta.
Semoga perpaduan dan persepakatan umat Islam terus dapat bersolidariti kepada perjuangan Palestin.