Sekitar tinjauan ke Bangunan Roha Al-Madinah, ibu pejabat TH di Madinah.
Saya memantau pusat rawatan bagi jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Madinah.
Saya secara peribadi melihat kesungguhan para petugas Tabung Haji memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah Haji Malaysia.
Saya sentiasa memperingatkan para petugas untuk mengikhlaskan niat serta berkhidmat sepenuh hati menyantuni para jemaah Haji Malaysia.