Sekitar program Khatan Perdana MAIWP dan Ziarah Asnaf di Masjid Al-Imam Tirmizi, Kuala Lumpur hari ini.
Berbesar hati dapat menyantuni anak–anak yang berkhatan tadi. Amat sinonim dalam kalangan anak-anak kita terutamanya, ketika tibanya musim cuti sekolah.
Ia satu sunnah sebagaimana hadis yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ – أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ – الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَار،ِ وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: “Fitrah (sunnah) itu ada lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencukur bulu ketiak, memotong kuku dan memendekkan misai.- Riwayat al-Bukhari
Ini adalah usaha MAIWP membantu anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Tahniah saya ucapkan kepada MAIWP, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Imam At-Tirmizi atas usaha menganjurkan Program Khatan Perdana MAIWP hari ini.