Sekitar program Halal On Track (HOT) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Persada International Convention Centre, Johor Bahru, Johor.
Program ini telah disempurnakan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan turur dihadiri oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Program yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri ini menjadi komitmen Kerajaan melalui JAKIM berkolaborasi dengan negeri-negeri untuk memperkasa pensijilan halal Malaysia selain memberikan pendedahan para usahawan berkaitan pensijilan halal Malaysia.
Ini adalah antara usaha untuk mempercepatkan proses pengurusan pensijilan halal Malaysia selain membantu para usahawan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus komited memperkukuh pengurusan pensijilan halal Malaysia. Ia tentunya menjadi komitmen bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.