Petang ini saya mengadakan pertemuan bersama agensi media bagi berkongsi wawasan serta halatuju penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 yang dijadual berlangsung esok hari, 7 Mei dan 8 Mei 2024.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat komited untuk menggerakkan usaha perpaduan dan keharmonian masyarakat selaras gagasan YAB Perdana Menteri.
Terima kasih rakan-rakan media yang banyak membantu menyebarluaskan program ini.
Semoga program yang akan bermula hari esok berjalan lancar. Mohon doa semuanya.



