Sekitar Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei Tahun 2024.
Amanat YAB Perdana Menteri begitu jelas menuntut komitmen tidak berbelah bahagi semua anggota perkhidmatan awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Saya mahu seluruh warga agensi hal ehwal Islam sentiasa pantas menyelesaikan isu-isu berkaitan mengikut peranan agensi masing-masing.