Misi Bantuan Pasca Banjir JPM (Hal Ehwal Agama) bergerak ke Dewan Kampung Sarang Tiong, Rompin ini, menyantuni seramai 79 Ketua Isi Rumah.
Terasa akrab dan mesra apabila bersalaman dengan warga kampung walau kali pertama bersua.
Saya amat memahami kesedihan serta keperitan yang ditanggung akibat ujian musibah ini. Saya membisikkan kata-kata semangat, ujian ini tanda Allah sayang.
Sumbangan dan bantuan yang dihulurkan keseluruhannya berjumlah RM203,932.18 meliputi bantuan tabung musaadah, kit solat, kit kebersihan diri, makanan, alatan pembersihan, lampin pakai buang, tuala wanita, selimut toto dan sebagainya.
Semoga semangat bantu membantu sesama kita dapat dipupuk. Ia adalah anjuran agama.
Hadis Baginda Nabi SAW:
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membebaskan seseorang daripada kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. (Hadis Riwayat Imam Muslim)