Mesyuarat Komunikasi Strategik (StratComm) Kabinet Bilangan 4 Tahun 2024

Hari ini menghadiri Mesyuarat Komunikasi Strategik (StratComm) Kabinet Bilangan 4 Tahun 2024 di Bilik Mesyuarat Utama, Blok Ahli Parlimen Dan Pentadbiran Parlimen.
Mesyuarat ini dipengerusikan YAB Dato’ Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri yang turut dihadiri YB Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Rozaid Bin Abdul Rahman, Pengarah Media & Komunikasi Strategik Kepada YAB Perdana Menteri.
Mesyuarat telah penyelarasan isu-isu semasa pengurusan hal ehwal Islam yang memerlukan penjelasan untuk kefahaman masyarakat.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengambil usaha memberikan penjelasan kepada masyarakat.

Selamat Datang, Welcome