Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Petang ini saya menghadiri Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Hari ini PPZ~MAIWP menerima bayaran Zakat Perniagaan berjumlah RM4,254,752.03 daripada 6 syarikat dalam Majlis Serahan Zakat Perniagaan.
Berikut adalah 6 buah koperasi yang menunaikan Zakat Perniagaan mereka pada majlis hari ini:
● Cypark Resources Berhad
● GMA Resources Sdn. Bhd.
● KPJ Healthcare Berhad
● Pusat Pakar Tawakal Sdn. Bhd.
● Lablink (M) Sdn Bhd
● Healthcare IT Solutions Sdn Bhd
● KPJ Eyecare Specialist Sdn Bhd
● Sentosa Medical Centre Sdn Bhd
●Healthcare Technical Services Sdn Bhd
●Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd
●Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)
●Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Penyerahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh wakil setiap syarikat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.
Marilah bersama-sama berdoa semoga diberkati dan dirahmati urusan kesemua syarikat yang telah menunaikan zakat melalui PPZ~MAIWP.
Tentunya MAIWP akan menguruskan agihan zakat dengan penuh amanah, berintegriti dan profesional kepada asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Selamat Datang, Welcome