Menziarahi keluarga Encik Mohd Hafis bin Md Arid

Hari ini saya berziarah kepada keluarga Encik Mohd Hafis bin Md Arid, menyampaikan bantuan untuk keluarga beliau.
Anakanda kepada Encik Hafis, iaitu Azriel Mifzal telah diuji dengan sakit Pelizeus Merzbacher dan juga dengan penyakit saraf genetik dan saluran pernafasan yang sempit.
Saya bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan bantuan susu tambahan kepada anakanda En Hafis. Bantuan ini akan diberikan selama setahun.
Marilah sama-sama kita berdoa agar anakanda Azriel Mifzal diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. Ameen ya Allah.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban Encik Hafis sekeluarga.

Selamat Datang, Welcome