Alhamdulillah, pagi ini bersempena kemerdekaan negara, telah dianjurkan Malaysia Quran Hour 2024 bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Dengan tema “Jiwa Merdeka : Memaknai Rukun Negara”, acara tahunan kali ini telah mentadabbur Surah Al-Hujurat dan Surat Al-Jumu’ah.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tuan Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi bersama YBhg Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Penasihat Kumpulan Karangkraf, SS Prof Madya Dato’ Dr Sukki Othman, Mufti Negeri Pulau Pinang, TYT Duta-Duta dan semua hadirin yang memenuhi Dewan Solat Masjid tadi.
Alhamdulillah para hadirin dan penonton di TV telah mengamati bacaan Al-Quran yang diperdengarkan oleh para Qari dan sesi tadabbur oleh para Pentadabbur.
Tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Program seperti ini berjaya membangkitkan gelombang untuk membaca serta memghayati Al-Quran. Semoga negara Malaysia terus subur dengan program pembangunan insan seperti Malaysia Quran Hour.