Dalam pertemuan bersama YAB Menteri Besar Negeri Johor hari ini, saya turut menyampaikan peruntukan JAKIM berjumlah RM10 juta kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor untuk tujuan menyelenggara dan menaik taraf Institusi Pendidikan Islam di negeri Johor.
Semoga sistem pendidikan Islam di negeri Johor terus diperkasa untuk manfaat dan maslahah umat Islam khususnya dalam pembangunan modal insan.