Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Oleh MAIWP Kepada MAIJ

Saya melakukan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Negeri Johor di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor.

Saya bersama pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan sumbangan MAIWP berjumlah RM 1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan bantuan banjir negeri Johor.

Inilah tanda kebersamaan agensi hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Kerajaan Negeri Johor dalam meringankan beban masyarakat yang diuji dengan ujian banjir.

Semoga Allah mempermudahkan urusan semua pihak serta memperautkan kasih sayang dan rahmah antara kita semua.

Selamat Datang, Welcome