Pagi ini saya telah turun menyantuni murid-murid dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Murid B40 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kg. Baru, Semenyih.
Dalam majlis ini, seramai 314 orang murid-murid telah menerima bantuan berupa sumbangan tunai dan beg sekolah. Mudah-mudahan dengan adanya sumbangan persekolahan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan ibubapa dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, selain dapat menyuntik semangat kepada anak-anak untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran.
Program yang dilaksanakan ini juga merupakan suatu usaha serta pendekatan bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu mereka yang memerlukan.
Pada masa program ini adalah salah satu usaha menonjolkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang bagi memperkukuh keharmonian dalam kemajmukan masyarakat. Ia menjadi susulan selepas penganjuran International Conference of Religious Leaders anjuran bersama Muslim World League (MWL).
Semoga agensi-agensi Kerajaan termasuk Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terus berperanan untuk menyokong pendidikan generasi anak-anak agar dapat mengecapi kejayaan pada masa akan datang.