Saya telah melancarkan Program Iftar Rahmah Madani 1445H bertempat di Masjid Al-Akram, Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur hari ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat prihatin dengan program-program pengimarahan masjid dan membantu pihak yang memerlukan.
MAIWP telah menyalurkan sebanyak RM9.45 juta melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diagihkan kepada 70 Masjid-Masjid dan Surau-Surau terpilih di Wilayah Persekutuan.
Semoga para asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan dapat menikmati juadah berbuka puasa secara percuma yang disediakan masjid dan surau terpilih ini sepanjang bulan Ramadan ini.
Set hidangan yang lengkap disediakan merangkumi nasi, satu jenis lauk, sayur, buah, kurma, dan minuman.
Program Iftar Rahmah Madani 1445H ini dijangka akan memberikan manfaat kepada 21,000 orang penerima setiap hari, manakala jumlah keseluruhan penerima manfaat yang dijangkakan sepanjang program tersebut berlangsung berjumlah 630,000 orang.
Saya juga telah menyempurnakan penyampaian sumbangan bakul makanan JAWI Food berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula, tepung dan susu kepada 100 orang asnaf dengan nilai barangan RM100 bagi setiap penerima.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua dengan keberkatan bulan Ramadan.