Sekitar Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud.
Syukur alhamdulillah, tahun ini negara kita terus terpilih menerima sumbangan mushaf Al-Quran, kurma dan tajaan majlis berbuka puasa. Kesemua urusan agihan hadiah ini diuruskan oleh Pejabat Atase Pendidikan, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud atas sumbangan yang amat bermakna ini.
Ini adalah terjemahan kepada hubungan akrab negara Malaysia dan Arab Saudi yang sedia terjalin.
Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua.