Majlis Konvokesyen Kali Ke 16 Kolej Professional Baitulmal Kuala Lumpur

Semalam saya menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang berlangsung di Majlis Konvokesyen kali ke-16 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh graduan seramai 1,450 orang yang diraikan hari ini.
Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada seluruh Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi terutama kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja KPBKL kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-16.
Para graduan jangan lupa untuk sentiasa mengucapkan
terima kasih kepada ibu bapa masing-masing, kerana doa dan pengorbanan ibu-bapa, kita berjaya sampai ke tahap ini.

Para graduan semua juga amat diharapkan dapat mencurahkan segala ilmu dan kemahiran kepada masyarakat dengan penuh berakhlak.

 

Selamat Datang, Welcome