Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji Kali ke-2

Petang tadi saya merasmikan Karnival Haji, Umrah & Pelancongan Pengelola Jemaah Haji Kali ke-2 yang berlangsung di Movenpick, Sepang.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Tabung Haji dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) selaku penganjur bersama Karnival PJH kali ke-2 ini.
Saya berharap Tabung Haji dan semua syarikat PJH akan terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk para jemaah haji negara, tidak kira pakej apa yang dipilih kerana mereka semua adalah tetamu Allah SWT yang patut kita muliakan serta santuni dengan penuh integriti dan itqan.
Sebanyak 25 syarikat PJH, termasuk Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) anak syarikat Tabung Haji telah melalui proses penilaian yang ketat dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sebelum diberikan lesen.
Saya meminta Tabung Haji terus agresif dalam memberi peringatan secara berkala supaya orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji yang meragukan.
Semoga kita semua terus komited dalam menyantuni para bakal tetamu Allah SWT sepanjang mengerjakan ibadat haji dan umrah pada tahun ini.
Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT, Insya-Allah

Selamat Datang, Welcome