Kunjung hormat daripada HE Mr Laziz Kudratov, Menteri Pelaburan, Industri dan Perdagangan (MIIT) Republik Uzbekistan.

Petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada HE Mr Laziz Kudratov, Menteri Pelaburan, Industri dan Perdagangan (MIIT) Republik Uzbekistan.
Turut bersama-sama ialah YBhg Datin Paduka Hajjah Hakimah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan para pegawai kanan JAKIM.
HE Mr Laziz Kudratov telah menyatakan hasrat untuk
mengukuhkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Uzbekistan dalam bidang halal susulan lawatan rasmi YAB PM pada 17-19 Mei 2024 ke Uzbekistan.
Secara umumnya, saya telah menyatakan kesediaan JAKIM selaku agensi berkompetensi untuk berkongsi kepakaran dalam bidang halal bagi membantu dalam pembangunan sistem pensijilan halal negara Uzbekistan.
Sudah tentu kerjasama strategik ini akan memberikan manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua negara Malaysia dan Uzbekistan.
Saya merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada HE Mr Laziz Kudratov atas pertemuan yang sangat harmoni ini.
Semoga segala perancangan daripada perbincangan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Selamat Datang, Welcome