Alhamdulillah selepas mendengar pembentangan Dr. Rania Awaad saya terus menyambut kehadiran Sheikh Dr. Maher Hamad Al-Mua’iqaly di Masjid Putra, Putrajaya.
Kehadiran Sheikh untuk menyampaikan khutbah Jumaat serta mengimamkan solat jumaat. Sheikh Dr. Maher menyatakan dalam khutbahnya bahawa Al-Quran itu adalah cahaya, Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan.
Moga kita sentiasa melazimi Al-Quran dalam melahirkan generasi Rabbani dalam Membangun Malaysia Madani.