Antara intipati Amanat YAB Perdana Menteri yang perlu dihayati dan diamalkan oleh warga agensi :
Ibrah dari wahyu al-Quran – melazimi membaca al-quran disambil mentadabbur isi kandungannya kerana kekuatan al-Quran sebagai petunjuk dan memberi panduan baik dan buruk.
Pengadaptasian sistem nilai dan akhlak – Dalam sistem pentadbiran dan politik, perlu kepada mempelajari sistem nilai dan akhlak. Kefahaman yang jelas terhadap sistem ini menjadi teras dalam pentadbiran Islam.
Pasak Jati diri dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan – Walaupun kita boleh mengambil pengajaran-pengajaran dari Negara Barat, seperti Mesir, tetapi perlu pelihara jati diri sebagai Orang Islam dan Malaysia dan asia.
Hikmah dalam Pembentukan idea atau perbezaan pendapat – adab berbeza pendapat pasti akan berlaku dan perbahasan hendaklah dilakukan dengan berhikmah. Elakkan dengan fitnah.
Instrumen pembinaan Masyarakat Madani dan Tamadun – Untuk membina Masyarakat Madani dan tamadun tidak lari dari jati diri berteraskan nilai-nilai Islam, toleransi, dan saling kenal mengenali antara kaum.
Tekad dalam berikhtilaf – pertembungan dan perbezaan sesuatu isu perlu diatasi dengan berpegang kepada nilai-nilai Islam dan mengamalkan perbincangan dan perundingan.
Hasrat kepada Penjawat Awam – Perlu lebih bertanggungjawab dan amanah dalam urusan yang dijalankan kerana mewakili pola pemikiran yang dan pembentukan idea yang lebih tinggi berbanding menjalankan tugas-tugas biasa.
Perkembangan Palestin – belum ada petanda peperangan akan berakhir di mana di dalam media antarabangsa, mempertikaikan tindakan Hamas yang memulakan peperangan berbanding peristiwa 70 tahun yang lalu.
Perbincangan dan pertemuan diantara Pemimpin-pemimpin negara adalah perlu, bukan sekadar pemimpin negara islam. Belum pernah isu Gaza dan Palestin dibahaskan secara terbuka oleh negara-negera Barat.
Hubungan dengan Negara Belanda – Kunjungan Martin Ruter, Belanda, merungkaikan isu berkaitan minyak sawit.
Hubungan dengan Negara Jepun – Pertemuan dengan Presiden Jepun dua minggu lepas, YAB Perdana Menteri menggunakan peluang untuk memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak mendokong kepada tindakan keganasan. Dan mengambil iktibar apa yang telah berlaku di Hiroshima.
Hubungan antara pemimpin dunia yang lain, seperti al-Fatah Assisi, saya minta diberikan keutamaan bantuan dari Malaysia untuk Palestin.
Hubungan dengan Negara China – Naib Presiden China akan hadir ke Malaysia, saya minta perhatian kepada isu tingkatkan lagi Pembangunan Industri Automobil terbesar di rantau ini di Tanjung Malim.
Akhirnya berkaitan teguran Jabatan Audit Negara – Bagi semua Ketua Jabatan, hendaklah meneliti keseluruhan usul cadangan memperbaiki tatakelola. Perhatian kepada ketirisan terutamanya penyaluran subsidi, contohnya subsidi ayam kepada warga asing, elektrik kepada golongan kaya supaya dapat menjimatkan wang negara.
#Malaysiamadani #pelanalfalah #menteriagama #kerajaanperpaduan